Showing posts with label sharing is luving. Show all posts
Showing posts with label sharing is luving. Show all posts

Friday, September 3, 2010

that was the reason...

" Ramai yang mengatakan siapa yang tidak mewujudkan facebook milik sendiri dikira ketinggalan zaman. Pada mulanya, saya tidak berminat sangat, tetapi atas desakan rakan-rakan saya wujudkan juga facebook saya sendiri. Katanya sangat berguna. Namun, saya cuba mengkaji apa keperluannya facebook seperti yang digambar2kan. Tidak berapa lama kemudian (dalam 6 bulan), saya dapat menemui beberapa kelebihan dan kelemahannya. Bukan sahaja melalui pemerhatian diri saya malah juga orang yg terdekat.

Apa yang saya ceritakan di sini bukanlah saya menentang facebook tetapi cuma menyatakan pendapat atas kebaikan dan keburukan yang saya rasa perlu untuk dikongsikan supaya anda menilai sendiri sejauh mana anda menggunakan facebook itu sepenuhnya untuk kebaikan. Seterusnya, anda sendiri lah yang berhak memilih. Jika ada yang terkena, saya memohon maaf awal-awal. Anggaplah ini sebagai peringatan kita bersama.

Antara kelebihan yang saya temui:

Merapatkan silaturrahim

Memang betul. Dunia facebook dan dunia luar semacam sangat berbeza. Kalau diluar kita sukar untuk berjumpa beramai-ramai lagi-lagi apabila tinggal berjauhan. Dalam facebook cuma log in dan kita boleh ber’jumpa’ dengan rakan-rakan kita melalui satu klik sahaja. Selain itu itu juga dapat bertukar pendapat dan fikiran sama ada tentang ilmu dan kerja organisasi. Kita juga dapat mencari rakan-rakan lama. Search sahaja namanya kerana pengguna facebook menggunakan nama sebenar.

Update dengan perkembangan semasa

Antara sebab inilah yang membuatkan saya rasa facebook ini betul-betul perlu. Banyak organisasi telah mewujudkan akaun mereka sendiri dan menerbitkan berita terbaru mereka di ruang post. Kelebihan facebook ialah setiap perkembangan (news feed) akan dipostkan pada semua dinding (wall) rakan-rakan supaya berita akan dapat dibaca secara automatic tanpa bersusah payah kita mencarinya. Malah, kita juga dapat mengetahui update terbaru rakan-rakan kita tentang apa mereka ingin kongsikan di wall kita sendiri.

Menyebarkan iklan/berita/pengumuman/maklumat dengan lebih berkesan

Kelebihan yag lain yang ada pada facebook ialah kebolehan kita men’tag’ rakan-rakan pada sesuatu gambar. Contohnya, kita boleh memuat naik (upload) gambar bersama rakan-rakan pada wall kita. kemudian apabila kita tag nama rakan-rakan kita pada gambar tersebut, secara automatic rakan-rakan kita akan mengetahuinya apabila mereka log in. Ini sangat berguna apabila kita ingin menjemput rakan-rakan kita untuk hadir pada sesuatu majlis atau mempromosikan sesuatu barang. Selain itu, berita/info yang ingin kita kongsikan boleh dibuat dengan cara yang begitu mudah sekali.

Apabila wujud dunia tanpa sempadan maka apa yang hak dan yang batil boleh tercampur. Apa yang saya sedar, facebook telah membuatkan dunia ini menjadi satu fenomena baru iaitu semua orang boleh berkongsi. Bukankah ini baik? Ya betul tetapi berdasarkan situasi umat islam sekarang ini membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

Wujudnya pergaulan bebas

Mak saya pernah menceritakan pada saya tentang zaman universitinya dahulu yang antara baik dan buruk itu terhijab. Keadaan dahulu sungguh berbeza.

‘Kami (muslimat) tidak berjumpa dengan lelaki melainkan atas urusan penting sahaja. Tiada gurauan lebih-lebihan, berbincang perkara yang tidak berfaedah dan sebagainya. Masing-masing menjaga pandangan. Memelihara iman. Kami tidak berkongsikan maklumat kami melainkan yang penting dan yang dihalalkan sahaja. Dahulu, kita boleh bezakan mana golongan yang menjaga agamanya, mana golongan yang tidak mementingkan agama sebab tentu sekali mereka tidak bercampur. Yang menjaga agama akan cuba memelihara agamanya sebaik mungkin supaya tidak terjebak kedalam kemungkaran’.

Apabila wujudnya facebook, muslimin dan muslimat seolah-olah boleh berborak tanpa segan silu. Kadang-kadang membincang perkara yang tidak berfaedah. (komen gambar/iklan dan sebagainya) Mungkin ada yang bertanya ‘salahkah kami berkongsi pendapat?’ Niat itu tidak salah. Yang menjadi salah adalah caranya. Niat sahaja betul tetapi caranya salah boleh menyebabkan perkara betul menjadi salah. Jika ingin berkongsi pendapat atau idea, tentu ada cara yang lebih baik. Elakkan gurauan, gelak ketawa dan menceritakan hal sendiri sehingga hal yang kurang penting pun hendak diceritakan.

Berkongsi hal peribadi

Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah mempamerkan foto kita sendiri. Apa yang saya lihat kebanyakan wanita seolah-olah mempamerkan kecantikan mereka. Ada yang tidak menutup aurat. Membuat gaya-gaya yang saya rasa tidak patut seorang muslimat mempamerkannya. Ya, kadang-kadang kita tidak niat pun begitu. Soalnya, apa jua yang kita (atau orang lain) memuat naik foto kita akan menjadi tontonan umum, apakah kita tidak bimbang mengenainya?

Dalam surah An-Nur, ayat 31 Allah telah berfirman:

“Katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya. Dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasan (aurat)nya kecuali yang biasa terlihat.”

Mungkin antara kita mengatakan ‘eh, kami tutup aurat apa.’ Memang betul tetapi Allah mengingatkan kita supaya menundukkan pandangan sesama muslim dan muslimat. Apabila foto kita terpampang di facebook, yang melihatnya bukan pihak perempuan sahaja malah kaum lelaki. Bagaimana jika seorang lelaki itu boleh terjatuh hati? Apakah itu yang anda harapkan? Inilah yang dinamakan fitnah wanita. Kalau dahulu bukan main susah kita nak beri gambar kita pada orang lain. Bukan apa, takut terfitnah “orang boleh berbuat jahat dengan gambar tersebut.”

Jika zaman dulu, masa zaman sekolah saya, hendak bertegur sapa antara lelaki dan perempuan sangat susah. Masing-masing menjaga kehormatan sendiri. Menjaga pandangan. Mungkin ada yang berkata ‘kolotlah’, ‘poyonyer’ dan bermacam-macam lagi. Tetapi inilah yang dianjurkan Islam. Ada sebab mengapa Islam menganjurkan begitu. Pertama, memelihara kehormatan individu. Kedua, tidak berlaku fitnah. ‘Kami cuma berborak biasa sahaja’. Benar, tetapi ingatlah syaitan sangat kreatif. Dia ada strateginya. Melalui borak-borak biasa itu boleh menimbulkan ‘suka’. Melalui ‘suka’ kita akan jadi biasa. Waktu itu kita tidak sedar lagi. Sudah pergi jauh tetapi masih difikirkan biasa. Dari mata turun ke hati. Mana yang salah pun dianggap betul sahaja. Ayuh, sedarlah.

Cukuplah sekadar itu. Itu pun sudah banyak yang kita perlu betulkan. Lalu apakah tindakan kita. Mungkin bukan kita yang buat tetapi rakan kita,saudara kita yang di luar sana masih banyak yang perlu diperingatkan. Belum lagi sentuh soal masa yang menyebabkan ramai remaja menghabiskan masa berjam-jam menghadapnya. Belum lagi sentuh soal manfaat yang menyebabkan prestasi seseorang (kerja/ibadah) menurun disebabkan leka melayannya. Belum lagi sentuh mengenai masa lapang yang menyebabkan remaja kurang menjadi ulat buku (lagi-lagi membaca al-quran) tetapi menjadi ‘ulat muka’ (facebook). Banyak lagi persoalan masalah facebook yang masih belum terungkai. Anda mungkin boleh menilainya sendiri.

Persoalan yang mungkin timbul

‘Lantas, apa yang membuatkan kau menutup akaun?’.

‘Saya hendak menjaga diri saya. Saya tahu cabaran menjadi lelaki muslim sangat tinggi. Saya juga lelaki biasa yang bisa naik turun imannya, saya juga kadang-kadang tidak menjaga pandangan kerana saya juga seorang hamba yang lemah. Namun saya cuba perbaikinya. Saya cuba menjaga iman saya. Saya cuba menghindarkan perkara yang mungkar yang boleh menjatuhkan iman saya. Lalu, jika saya diberi 2 jalan, bukankah sepatutnya saya memilih jalan yang lebih baik?’

‘berdakwah lah melalui facebook..’

‘ Dah pernah cuba tetapi keberkesanannya kurang. Banyak lagi medium dakwah yang lebih berkesan daripada ini. Orang yang ber’dakwah’ kepada maksiat lagi banyak dan dapat mendapat banyak sambutan. Banyak application facebook yang membawa kepada pergaulan bebas. Saya dah cakap tadi susah kalau bercampur antara hak dengan yang batil. Nafsu kita sentiasa mengajak kepada yang mungkar. Saya nak tanya kembali, jika remaja yang sangat sukakan keseronokan, mahu ke dia nak baca post peringatan kita? setakat ‘like’ sahaja boleh la kot. Orang kita ramai yang malas membaca! Banyak yang update seperti gambar, status, komen yang tidak berfaedah lagi banyak sambutan. Berdakwah di facebook samalah seperti terjun dalam masyarakat. Yang paling takut, kita pun terjebak sama. Kita hanya mampu baca sahaja, nak menegur, takut berkecil hati.’

‘Awak nak kata facebook itu salah?’

‘Tidak. Pada saya, penggunanya yang selalu menyalahgunakannya. Gunakanlah ia sekadarnya sahaja. Jangan berkongsi maklumat yang tidak sepatutnya. Jangan upload gambar yang boleh menimbulkan fitnah pada diri kita. Jagalah batasan kita antara lelaki dan perempuan. Kalau gunakan facebook untuk berdakwah, bawalah manusia kepada Tuhan, bukannya pada diri kita. Teruskan istiqamah memberi peringatan. Teruskanlah bagi mereka yang mampu.

‘kalau begitu, macamana nak tahu perkembangan terbaru?’

‘perkembangan terbaru tidak semestinya melalu facebook saja. Banyak lagi wadah lain yang boleh digunakan untuk mencarinya.’ "


--> post ni sebenarnye saye copy dari blog salah seorg teman..dan ye, dgn izin Allah hati ni tergerak nak off je akaun FB tu..of course masing2 mempunyai pendapat yg berbeza, tapi bagi saye, "a muslimah is too precious, too valueable to be shown to the public". Kehadiran Islam telah m'angkat darjat wanita. Kalau si penulis ini, seorang lelaki, berusaha untuk menjadi muslim yang terjaga imannya, dimana letaknya diri kita? x nak ke kte jd seorang muslimah yg terjaga imannye??saye pon bukanlah seorang yg bagus sgt,byk dosa..tp hope dgn perkara nie, dapat kurangkan dose2 yg semakin menimbun tu..huhu..n hope jgk ditetapkan hati utk m'jd yg terbaek.amin~


>>>KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA<<<

Friday, October 2, 2009

~saye sayang saye,die dan mereka~


assalamualaikum w.b.t.

lame da x hupdate blog ni...bukan sengaje..tp masa & keadaan tak mengizinkan saye untuk berbuat demikian..itupon setelah diperli oleh buah hati saye ( "2 months ago") dan cadangan2 tajuk yang juga bolah diklasifikasikan sebagai 'perlian' jugak,haha.., barulah saye sengaje memikirkan ape entri yang patut saye post untuk tatapan bersame..

based on the tajuk, nampak macam ape je kan..mesti korang cakap, "mende ar dia merepek ni..."..hehe..actually it is the big picture bout my entry kali ni...mungkin jika korang bace isi kandungan perkare di bawah, korang akan ckp,"apsal tak letak tajuk amal makruf nahi mungkar jew..."hurm...klise sangat ar tajuk tu...macam baik sangat je nampak..haha..BUT YES, i'm gonna write about 'amar makruf nahi mungkar' (AMNM)- sory, maleh nak tulis panjang2..huhu...

kite selalu dengar tajuk ni kan. dan mungkin isi2nye pon kite da boleh bayangkan..tapi, sejauh mane kite apply that theory?? sejauh mane keberkesanan kate2 'amar makruf nahi mungkar' tu dalam hidup kite?? if dah, adakah ianya istiqamah & berjaye???

AMNM sebenarnya adalah suatu implementasi terhadap kesempurnaan iman seseorang. yup, nobody's perfect n nobody can indicate the state or level of iman of ours or others.. it is actually the kesan or result of segale ibadah, kebaikan,pengetahuan and also ilmu yang kite ade, yang telah kite pelajari, pade iman kite... perasaan yang bergerak dalam jiwa dan suatu proses untuk memperbaiki diri dan orang lain..ulang suara, DIRI dan ORANG LAIN..nak cakap, bukan bermaksud yang menyampaikan itu baik sangat...tapi ia adalan suatu proses pembelajaran..( slalu ade salah faham part ni) ataupun senang cite, kan selame ni kite sekolah...belajar agama...plus if ade yang join usrah..liqa'...adakah ilmu2 yang kite dapat tu berjaye untuk kite sampaikan kepada orang lain..err...paham ke??? iman yang benar lahir daripada pengetahuan dan kefahaman... dimana ia akan dikongsi dan disampaikan atas dasar keimanan dan mengkehendaki kebaikan kepada orang lain. if kite ade pengatahuan tanpa kefahaman, boleh jadi ape yang bakal kite sampaikan akan menyesatkan lagi mereka yang menerima..nauzubillah..dan..if kite ade kefahaman tetapi kurang pengetahuan, boleh jadi ade kekurangan terhadap ape yang akan disampaikan yang mungkin akan menambah kekeliruan bagi mereka yang kurang memahami..contohnye macam dalam usrah, untuk pertame kalinya da tentu la kite tak kenal pon sape mad'u kite tu kan...tapi kite tetap akan sampaikan pengisisan kat dorang kan? ade tak kite cakap, "taknak lah sampaikan kat dorang..ntah sape2 la tu...kenal pon tak...ish...".tapi, kite tetap akan sampaikan..because of what? it is because of dasar aqidah dan kepercayaan yang same..kite nak die dapat perbaikan2 yang kite dah dapat... sume ilmu yang kite dah dapat, kite nak share dengan dorang..nak dorang rase manisnye iman tu...selalu kite cakap "kan ku nantimu di pintu syurga..." Tapi, adakah kite betol2 nak jumpe same2 kat syurga nanti...kalau kite je yang dapat sesuatu ilnu or kebaikan tu, and tak share pon dengan orang lain. dapat ke kite jumpe nanti?? thats why, kalau kite betol2 sayang dengan family kite...kawan2 kite...kongsilah ilmu2 dan kebaikan2 yang kite dah dapat dalam ape jua care or bentuk sekalipon..sekarang kan dah canggih...kalau tak mampu nak bagi tazkirah kat depan, blog ade...muka buku...friendster...sms...status kat ym ke...macam2 lagi la....( haaih..budak2 zaman sekarang!)

tapi (banyaknye tapi....) , if kite sedar...perbuatan AMNM ni memerlukan kite untuk 'jage tepi kain orang'. betol x? kalau kite tegur ke..mesti orang cakap," jage hal sendiri la..kubur masing2..." ( ye la...tapi kalau kubur ko sebelah aku, kalau kene seksa..bising..menggnggu jiran sebelah jew....huhu....ok, juz kidding. sory kalau too much.). sebelum saye merepek banyak2, ni ade disenaraikan beberape alasan yang membenarkan kite untuk ikut campur perbuatan orang lain:

1. kesetiaan atau keterikatan antara individu dan mesyarakat.
Dalil dalam alQuran Surah Al Ma'idah (5:32) -sila semak- kisah Qabil dan Habil, menyatakan bahawa "...barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan2 dia telah memelihara kehidupan seluruh manusia...". peribahasa melayu pon ade mengatakan 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". dalam hidup bermasyarakat ni, tidak boleh tidak ( la budda), kite mesti saling menasihati (Quranulkarim, surah al-'asr) sebab sama ada baik atau buruk sesuatu masyarakat atau kumpulan disebabkan oleh seorang orang..( err..ayat apakah ini???), orang akan menuding jari pada semua ahlinya..kalau Allah nak turunkan bala pon, Dia tak pilih2 sape yang buat kerosakan yang kene, yang baik tak kene. TAK. bala akan menimpa seluruh masyarakat.

2. alasan kemanusiaan, ukhuwah
khususnya pada orang2 yang beriman. kalau kite batol2 sayang antara satu sama lain, ukhuwah fillah...mesti ape yang kite rase best, kite pon nak die rase kan? -sharing is caring- saye ingat lagi kate2 seorang pensyarah saye dulu, die cakap, "kite kene ingat, kite semua ni bukan nak bersame kat dunia je...tp 'di sana' jugak..." insyaAllah...

3. alasan kebenaran
dimane setiap orang ade hak2 yang perlu dipenuhi. yes, kebenaran itu adalah hak setiap manusia. semua orang berhak mengetahui kebenaran. jadi, kepada sesiapa yang telah direzkikan untuk mengetahui kebenaran, di mana tanggungjawab anda untuk menyampaikan hak tersebut kepada saudara2 yang lain? kalau kita betol2 memerhatikan alam Allah ini, yang meletakkan alam tegak pada tempatnya adalah kebenaran..setiap planet bergerak tepat pada orbitnya..malam dan siang saling silih berganti tepat pada waktunya...bumi berputar tegak atas paksinya...semua ini adalah prinsip kebenaran..sebab kita percaya dan yakin pada kekuasaan Allah...kebenaran aqidah...Subhanallah.. can you imagine if sume2 tu tersasar or terlambat, pasti kucar kacir jadinya...takde kesepaduan. macam tu jugak masyarakat..AMNM sebenarnya meletakkan masyarakat pada paksi kebenaran aqidah, iaitu suatu kebenaran, mengajak manusia kembali pada Allah. dengan itu, perpaduan akan wujud, insyaAllah.

percaye lah...walau bagaimana atau ape care sekalipun untuk menyatupadukan masyarakat..buatlah ape 2 formula or dasar pon....satu2nye care untuk menyatupadukan seluruh umat manusia is "kebenaran" dan kebenaran tidak akan tertegak tanpa AMNM. bukan saye pandai2 cakap..sejarah sendiri telah membuktikan...for instance, kalau kite tengok balik, kaum aus dan khazraj yang bermusuhan berkurun2 lamenye pon bole berbaik semula disebabkan prinsip kebenaran..aqidah..bagaimana kisah Saidina Umar al-khattab yang sangat memusuhi islam boleh bersatu dengan Islam disebabkan kebenaran jugak.jadi sahabat Nabi lagi!..dan apabila kita singkap kembali sejarah kejatuhan Islam, contohnya di Turki, Sepanyol... mainly disebabkan mereka menjauh dari prinsip kebenaran itu sendiri..lari dari aqidah yang benar..bayangkanlah Islam yang telah tertegak lame dengan kukuhnya, menguasai hampir satu per tiga DUNIA boleh jatuh dalam sekelip mate je...tu 1/3 DUNIA..ape tah lagi Malaysia yang kecik ni...'1' je plak tu..huhu...bukan nak mendoakan...tp fikir2kan lah...bagaimana manusia zaman sekarang dijajah 'indirecly' dengan bentuk penjajahan minda yang lebih bahaye dari mata pedang dan peluru. if kene tembak or kene bom, terus mati..kalau betol niatnye mempertahankan Islam, Syahid buatnya...dalam istilah sainsnye kire macam 'acute' la...short onset...tapi perang minda ni akan menjatuhkan maruah kita dulu...hidup dalam kehinaan...mati dalam keterseksaan...balasan kat akhirat??? yang ni plak 'chronic'..prolong...( btol ke ape yang aku merepek ni..wuwuuu..) dan banyak lagi la kisah2 sejarah Islam yang korang sendiri lebih arif yang membuktikan bagaimana prinsip kebenaran dan AMNM ini dapat membentuk suatu masyarakat yang kukuh dan bersatu padu.( sory, bab2 sirah ni slow sket la..huhu..dalam proses, insyaAllah..)

* dalil2 dalam al quran tentang AMNM. (hope dapat semak sendiri ye...asifi..)

1. Ali Imran (3: 104, 110, 113, 114)
2. Al Ma'idah (5: 78, 79)
3. Al A'raf (7: 164, 165)
4. At Taubah (9: 71)
5. Al Hajj (22: 41)

cara untuk menasihati juga hendaklah dengan berhemah dan berhikmah. menyampaikan bukan bermaksud memakse mereka menerima tapi membantu mereka menerima. dalil dalam surah Taha (20: 44), sedangkan Firaun yang kejam, membunuh dan derhake tu pun Allah suruh nasihat dengan lemah lembut, apetah lagi kite manusia yang tak penah membunuh ni kan...dan yang penting kene sabar. bukan sekali cakap je orang boleh terime kan..silap2 kene reject plak..tapi tu la...syurga kan mahal...dah mahal mesti la susah nak dapat..kene istiqamah la..

so, cukup la untuk kali ni..next post 3 months later..mwahaha...smoge kite same2 dapat manfaat dan diberi kekuatan untuk apply AMNM. yang salah, tegur la kat ruangan komen tu..tak kesah pown..cakap belakang macam mengumpat plak kan...

wallahua'lam..salam'alaik~

Saturday, August 1, 2009

rindu~

salam'alaik...

hmm...da lame sgt x hupdate blog ni...stkt copy paste je...urm..x besh la...susa sket la coz uma skrg xd internet...so x leh nak slalu update...ingt nak sharing2 utk tahun 2 ni...tp xpe lah...ade peluang ni kte try ma best k.

now da masuk tahun 2...subjek pon byk n tuff2 sumenye. subjek yang kene amk sem ni...pathology, pharmacology, bacteriology, parasitology, biologi molekul asas (genetik), pemakanan dan kesihatan and khidmat masyarakat..umm..bole tahan..sgt seronok la blaja...lab pon manyak...lab bacte, parasit, famako, patho...pastu kne wat report...camtu la keje org lab...plus assignment...mahasiswa kan...hurm... =) tp x taw la...mule2 semangat...tp banyak sangat halangan2...haaih...penat la...huhu...pastu mslh2 'lain' lg...urk...??ape tu???hehe...xpe lah..."i'll never change k..." thanks~ ^_^ tp xpe, zakiah bole! basya! ^ ^

pastu skrg pon da ddk uma..kat plaza RAH...6 org..saye, sara, ray, yan, ku n miza..3 biomed, 3 PDR. nnt if ade gambar sye post kat cni k..now xd agi... =( "zakiah, lame x nampak..ddk mane skrg?", dengan belagaknye saye pon jwb,"haaiih..org kaye kan...plaza RAH la...' haha...kne boo je la...best memang best...selesa...xyah nek tangge agi..ngeh3...mengadap KLCC lagi! sgt cantik waktu malam2...tp nak cari makan susa sket...even org kate Kampung Baru tu syurga makanan..ye la..mane x nye, everytym nak makan je mst pening nak g kedai mane..pastu wat meeting kat simpang2..xpon depan kedai makan org..."hellow..tolong la jgn benti kat cni..." haha...pastu nak g fak kne jalan kaki...penat r sket..tp xpe, exercise! =) pastu leceh if ade meeting n program kat k1... tu pon da 2x miss meeting...sekali program...hmm..sory ek korg...bukan sengaje taw...then,terpakse r jd 'setinggan' (istilah utk mereka2 yg merempat). da r terkantoi dgn pak guard ari tu...seb bek uncle sporting...thanks uncle! ^_*

urm..ape lagi...??

esok nak balik kolej dah..after 1wik cuti..sbb pe?? hehe....adelah...haha...ok, hope saye akan jadi zakiah yg dlu...tym sem 2 tahun 1...rindu sgt3...sangat bersemangat menuntut ilmu...umm! tolong doakan saye k...k lah, t ade mase saye post agi k...thanks kpd sape2 yg bace...cam bese, yang baik amek, yang x brape wat2 x nampak k...

take care! salam~