bismillahirrahmanirrahim…
ku gagahi jari ini untuk hasilkan lukisan hati,
benar kata sahabat, hidup ini terlalu singkat untu membenci,
tapi mampukah kita limpahi dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi??
apa semua orang perlu untuk korbankan diri,
bagi melihat orang yang mereka kasihi bahagia di samping yang lain.
Mengertilah wahai diri,
hidup ini bukanlah tempat untuk kita bersuka ria semata,
mereka yang dikurniakan ALLAH untuk menemani suka duka,
tangis pilu dan senda tawa bukan milik kita sebenarnya,
Berhentilah mengharap sesuatu yang tidak pasti,
dengan kembali pada yang Hakiki.
aturkan masamu untuk urusan ukhrawi.
dengan itu carilah sahabat yang mamapu menemanimu disaat jtuh dan bangun.
Ketika Bersih dan kotor,
dan diwaktu kita perlu dan tidak perlu.
Kerana Doa mereka itu mampu merentas 7 petala langit,
dan rasa mereka itu boleh m’bantu kita utk merasa tenang.
percayalah, saidina Abu Bakar itu telah mendapat gelaran AS-Siddiq kerana membenarkan kisah rasul kita tercinta disaat tiada seorang pun yg m’percayainya.
maka yang sedemikian,peliharalah bahtera persahabatan yang telah
ALLAH aturkan pertemuan & perpisahannya.
Bertolak ansur dan saling mempercayai manjadi layar arah tuju ukhuwah kita,
dengan ini, hakikatnya kita mampu merasa halawatul iman,
sekaligus merasa syurga dunia.
walau apa pun yang berlaku, alhamdulillah… semuanya adalah tarbiah dari Allah, cinta teragung untuk mendidik kita agar besederhana dalam semua perkara.
Subhanallah….
(copied from “you”…thanks ya)
No comments:
Post a Comment